Friday, October 11, 2013

Pengalaman pertama beli tiket bas secara online

assalamualaikum semua....


ya! ni pengalaman pertama saya beli tiket bas secara online:) alhamdulillah....semuanya dipermudahkan....memula risau jugak. tapi dalam hati dah nekad nak try beli online. if tak berjaya pun takpa boleh beli kat terminal je nanti.

untuk gunakan khidmat Transnasional Online Ticket ni. benda pertama kena buat sign up macam biasa. free je. just masukkan user id dengan pasword. lepastu baru boleh continue booking. tapi sebelum tu kena isi maklumat diri dulu. and diorang ada tanya nak jadi ahli TRANSNASIONAL atau tidak. kira kalau jadi ahli dapat ler diskaun. bayaran untuk ahli RM10. 

tapinya tak pilih untuk jadi ahli pun. sebab bila pikir bukan selalu nak naik bas. so da jimat RM10 kat situ ^-^ settle isi maklumat diri semua proceed untuk pilihan destinasi. hanya folow je step dia untuk sesi pembelian tiket. memang bersesuaian dengan logo kat atas tu CEPAT & MUDAH.

sebagai bukti last sekali diorang suruh print travel planner ni. travel planner ni jugak boleh digunakan sebagai boarding pass. kira nak naik bas nanti just tunjuk benda ni je kat pakcik bas. tapi kan masa da sampai kat terminal tu rasa was-was lah jugak. takut kang malu je kalau salah apa yang den buat ni ^-^


dan semuanya saya serahkan pada en.kimie untuk bertanya akak dikaunter. memula tu tak paham jugak apa yang akak tu sampaikan. cakap macam nak marah pun ada. punya la baik2 kita tanya. rupanya dia kata boleh g kat bas terus. adeh kak...cakap la elok2..cakap pun nak taknak.

okeh lupakan akak yang garang. turun escalator terus g cari bas. tunjukla travel planner ni pada pakcik bas sekali dia kata napa tak tukar pada tiket. en.kimie pun jawab kak tu kata boleh terus g kat bas..mujur la pakcik tu ok. kang panjang pulak cerita kan da menyusahkan....

masa kat terminal ni ma & abah en.kimie pun ada sekali. siap bekalkan kek roti dan air untuk buat makan dalam bas. terharu..... bila bas da gerak baru la en.kimie dengan parentsnya pulang. apapun alhamdulillah..syukur selamat tiba di destinasi:)

haa...tamat lah sudah cerita pengalaman pertama beli tiket bas secara online. sekarang ni dunia dah atas talian. semua nya dihujung jari. nak beli barang2 dapur toiletries di TESCO pun dihujung jari. 

nak beli buku2 novel komik di MPH pun dihujung jari. nak beli baju2 kasut handbag di online shop ZALORA MALAYSIA pun dihujung jari. pendek kata semuanya dihujung jari lah. memang CEPAT & MUDAH :)

Namie Beauty

13 comments:

Kisah Si Dairy said...

tak pernah lagi beli online...bagus kan sekarang ..dah tak payah beratur beli.

Farah Waheda Wahid said...

seriously dah lama tak naik bas, terasa rindu pula nak naik bas...

Nisa Greennnpanda said...

hoho... hbat la nana.. advanced.. :3
mmg lg snang on9 je kn..hehe

asha hana said...

hana tak pernah langsung ada pengalaman. haha

nur hannis mohamad said...

eh baru jer naik raya hari 2 tapi on the balik dr k.l ke jer hihi, akak slu booking dalam tpn jer dulu2 skang dah pakai online la zaman pun dah canggih kan?

Lieya Von Jay said...

wah hebat2.. xtau plak boleh beli online dh skrg :)

adianiez AIDA said...

yes yes yes hebat hebat hebat!
tak ku sangka tiket bas pun da online. last naik bas ekspress ni awal tahun 2010 dulu...

Affy Afiqah said...

alhamdulillah selamat sampai :)
ika takde experience beli tiket online, survey date and waktu tu ada laa masa zaman balik melaka dari campus naik bus dulu, sekarang dah naik kete jadi rindu pula nak naik bus hukhuk

malaysia bus said...

Saya ingin berkongsi info dengan semua pengunjung blog ini. Anda kini boleh membeli tiket bas online dengan mudah dan murah di website kami. Nikmati diskaun sehingga 40% dari syarikat bas yang terpilih.

Sila layari malaysia bus atau tiket bas online.

Terima kasih buat admin!

malaysia bus said...

Saya ingin berkongsi info dengan semua pengunjung blog ini. Anda kini boleh membeli tiket bas online dengan mudah dan murah di website kami. Nikmati diskaun sehingga 40% dari syarikat bas yang terpilih.

Sila layari malaysia bus atau tiket bas online.

Terima kasih buat admin!

samsul arifin Motamat said...

tak pernah lagi cuba beli tiket bas online kalau beli tiket penerbangan pernah la sekali tu pon tolong adik mase die nak pergi belajar kat serawak.

super blogger said...

Mudah rupanya yer, saya pun nak beli tiket bas online lah kalau lepasni.

nur ain syamilah Ismail said...

memg kena pi tukar ye utk sesetgh tmpat?
ala..kalu nk pi tukar ke tiket tu xblh ke stgh jam masa btlak