Tuesday, October 15, 2013

Shopping di ZALORA Malaysia dengan voucher RM50

assalamualaikum semua...

memang tak diduga blog ni terima komen dari pihak ZALORA Malaysia. komen yang sangat2 membina. ada jugak terpikir mesti pihak diorang pick random je mana2 blog. tapi dalam hati tetap bersyukur blog picisan ni diberi peluang untuk bekerjasama dengan ZALORA Malaysia.

alhamdulillah....terima kasih! pengalaman pertama dalam dunia blogging bekerjasama dengan online shop terkenal ni. staf2 mereka pun sangat baik hati melayan segala pertanyaan menerusi emel. dalam masa sehari dapat jugak selesaikan task yang diberi. then dapat voucher RM50. syukur :)

sebagai reward untuk diri sendiri. terusla terjah website ZALORA Malaysia. dari kasut, handbag, baju semua survey. bukan apa nak gunakan voucher yang diberi dengan sebaiknya. so cari range harga RM49-RM59. da tak perlu topup lebih ^-^


akhirnya Andalus Jubah menjadi pilihan. berbaloi jugak rasanya sebab ada diskaun 40%.


da pilih2 tu tengah duk online jumpa pulak iklan ZALORA pasal Andalus Jubah. maybe diorang nak habiskan stock. yang warna kuning ni tinggal 3 je untuk size 36. memula risau jugak kalau labuh sebab nengok tinggi model tu 172cm. tapi dalam hati duk kata takpa kalau labuh tak ralat sangat sebab guna voucher :)

bukan nak puji lebih. tapi memang tip top sungguh servis ZALORA ni. terkejut jugak ingatkan parcel sampai dalam dua tiga hari.. rupanya pagi ahad order. pagi isnin da sampai. menjerit2 anak buah bagitau ada lori datang. yang si abang duk bagitau sambil eja. lori G.D.E.X. terus dalam hati. eh jubah da sampai..







model tak berbayar abang ngah Aufi ^-^

overal memang sangat berpuas hati shopping di online shop ZALORA Malaysia. jubah ni pun sedang elok je. suka sebab mak & kakak kata cantik. jadila Jubah Raya Haji. terima kasih sekali lagi pihak ZALORA Malaysia :)

Namie Beauty

9 comments:

Unknown said...

cantik la jubah tu kak
tahniah
isi tabung nuff sini-university of london

ezy.fia said...

wah untung la dpt sopink gne voucher.. =)

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah cntiklah dear jubah ni..

sha (chirp chirp) said...

waaah, cantiknyaa :)

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

cantik laa dear.. kalau dpt tgok dear pjai mst best ni ..

apapun ..umi nk wish selamat hari raya haji bt dear sekeluarga ..

Myra Jay said...

Akak pun penah soping kat Zalora dengan bocer RM50 gak..beli kasut :D

Fatin Diana said...

tahniah sebab dapat voucher RM50 dr Zalora
cantik jubah tu :)

Cik Itah said...

bestnya nana dapat baucer..!

Indah azeman said...

nak voucher lagi 15% pun boleh.. :) pm me korang nye e-mail k.. :)