Wednesday, November 20, 2013

Cerita hujung minggu

assalamualaikum semua...

cuti sekolah da bermula
mesti ada yang da plan nak p holiday kan? 
memang seronok kalau bercuti bersama keluarga tercinta:) 
dan time cuti sekolah ni jugak sana sini orang duk buat kenduri kawen takpun majlis bertunang

haa..ramai jugakkan blogger2 bride-to-be dalam masa terdekat ni
eh ramai ke? yang tau dua tiga orang je:)
apapun semoga dipermudahkan segala urusan & persiapan majlis mereka

nak ceta aktiviti hujung minggu kami baru ni
masa mengemas umah ritu tejumpa album2 lama
sebelum2 ni ianya hanya teperok dalam laci
now da tersusun kemas atas rak buku



mengimbau kenangan sungguh tengok gambar2 lama
dari gambar mak abah memula kawen sampai la da ada tiga cucu
 dulu2 memang guna kamera kodak tu je
sekarang ni snap gambar pun guna camera nset
takpun ada jugak yang guna camera compact
yang lagi canggih DSLR tu la kan

sampai mak kata "gambar sekarang ni semua simpan dalam laptop
kalau cuci boleh jugak tengok"




cuci tak cuci ni antara nak or tak. rajin tak rajin je 
sebabnya khidmat cuci gambar online pun ada
memang belum pernah try lagi servis eoe online ni
kawan2 pernah try?:)

hujung minggu lepas jugak cik abe kimie datang rumah
hantar gambar pentas konvo nana
tq my dear tolong ambekkan & hantar gambar saya:) 
rezeki awak dapat makan buah mangga ye
siap mak bekalkan lagi. 

lepas makan tengahari baru cik abe kimie balik
menu tengahari tu siakap tiga rasa, sayur kacang and ayam goreng! bertambah2 cik abe kimie makan. alhamdulillah...


Namie Beauty

10 comments:

Falsya said...

Akak punye foo album tah mana pegi tah...hehehe..

TelingaBulat said...

wah tersusun rapi sume album..tb entah kemane pon xtau la..sebab asik berpinda randah ajee..foto album pn kemane

Farah Waheda Wahid said...

walaupun semuanya dah digital dan canggih sekarang masih boleh cuci lagi sebenarnya... he he he...antara nak dengan tak nak jer... hik hik hik...

Nur A.Z said...

ade gak ek cuci gmbr online..

asha hana said...

banyak nya album. hana album family ada dua je tp besar gedabak. haha

nanakimie said...

@Falsya hihi,ada kat uma parents akak kot:)

nanakimie said...

@TelingaBulat biasa la tu TB,ada nya tu selit kat mana2,tak pun masih dalam kotak:)

nanakimie said...

@Farah Waheda Wahid aah,betul tu kak:)

nanakimie said...

@Nur A.Z ada dear,tapi nana tak pernah try lagi...:)

nanakimie said...

@asha hana sebenarnya ada jugak album2 besar gedabak tu hana,tapi letak kat almari lain,hihi...