Thursday, November 7, 2013

Kisah awal November bersama family tercinta :)

assalamualaikum semua...

ahad malam 3 nov ritu kami hanya nonton bola di rumah. abang & abang ipar je g stadium. abes nengok bola baru semua masuk tido. esok paginya bersiap2 ke rumah my sis. mak da siap2 masak nak makan tengahari di sana.

siap makan tengahari anak2 buah kesayangan request nak nengok ceta. terlupa pulak nak bawak hard disc. jadinya terus google ceta2 best. kami tonton online Lagenda Budak Hostel. tak nengok abes pun sebab internet slow.

petang tu bawak diorang main kat taman. ada jugak bebudak lain tengah main bola. sesambil main bola diorang makan aiskrim 20 sen ni. terus abah suruh diorang belikan untuk cucu2 dia:) kalau dulu si kecik Aisy ni takut nak pegang sendiri sebab sejuk. sekarang da pandai da nak pegang sendiri:)




masa kat taman ni siap terbau ayam goreng mak masak:) mak & my sis sibuk masak memasak kat umah untuk makan malam kami. menu malam tu Nasi Ayam. request dari my sis. mak da siap2 perap ayam dari umah. tinggal nak goreng and masak bahan2 lain. lagipun memang dah lama kami tak makan Nasi Ayam terbaik Puan Asmah:)

dalam 6 lebih ajak 3 heroes ni balik. mandi2 apa semua. pastu layan Love You Mr.Arrogant. 3 heroes da tentu tak layan, diorang main game kat laptop. si kecik Aisy pulak ngacau abang2 dia:) aktiviti seterusnya makan malam bersama keluarga.



esoknya 1 Muharam 1435H. sempat jugak jalan2 pagi tu. tengahari tapau KFC makan kat umah. petang lepas asar baru gerak balik sebab nak anta adik balik asrama terus. so sebelum pulang snap gambar 3 heroes. memacam ragam:)







coming soon InsyaAllah bertambah sorang lagi hero. my sis due jan 2014. bertambah jugakla ragam anak2 buah kesayangan. apapun mereka tetap penghibur kami sekeluarga:)

Namie Beauty

7 comments:

Ibu Lala said...

Amboi cantiknya pakai baju sedondon. Ni adik beradik ke ni..

Unknown said...

aah kak ana,diorang bertiga ni adik beradik.heee...bakal berempat beradik pulak nanti:)

Affy Afiqah said...

comelnya semua, geram tengok :)

Unknown said...

comelnye budak tu.. aiskrim tu nampak sedap,dah lama tak mkn..time skolah dulu je..

Anonymous said...

wahh tak lama lg akan ada ahli baru. mesti seronok. :D

Azhafizah MN said...

wah..bajunye same 3 beradik! btw,ayam tu nampak sangat sedap! mangga tu pulak buat kecur air liur :(

Lieya Von Jay said...

best nya ramai anak saudara . akak bru nak dapat hehe ^_^