GOPENG
17 Mac - Seorang pemandu bas ekspres maut dan dua penumpang cedera
parah apabila bas yang dinaiki terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter
di Kilometer 301.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berdekatan Gua
Tempurung, di sini hari ini. Dalam nahas pada pukul 4.25 petang
itu, Hasmir Arshad, 43, dari Bercham, Ipoh maut di tempat kejadian
akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan. Dua
penumpang iaitu Mong Ming Chai, 48, dan Farahzela Zainal Abidin, 27,
masing-masing dari Salak Utara, Kuala Kangsar dan Kampung Jalong, Sungai
Siput pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri
Bainun (HRPB), Ipoh.
...........................................
kebetulan semalam masa kejadian cik abe kimie lalu kawasan kemalangan. masih baru lagi berlaku katanya sebab bomba pun belum sampai. apa yang cik abe nampak 3 orang tercampak keluar. rupanya memang ada 3 orang je dalam bas termasuk sorang pemandu & 2 penumpang.
16 comments:
ya allah sedihnya
Allahuakbar, seriaunya akak baca nana...
Salam ..Singgah Sini Menjenguk Sahabat ..
Takut ka bila dgr pasal kemalangan..
seriau sgguh brita2 mcm ni
trauma sungguh bila tgk xciden mcm ni. nak pulak td pg baru lepas xciden jugak
Ya Allah ada lagi ye kes bas jatuh gaung ni.. risau dengar..
Allah..lagi ke..
@Nurzakiah Hanum tula sis...tak dapat bayang masa bas tu jatuh...
@Farah Waheda Wahid nana pun seriau kak.....gambar yang cik abe ni snap ada lagi mangsa...akak tu duk minta tolong!tolong! huuu..mujur bomba sampai cepat....
@Akif Imtiyaz w'salam.....betul tu kak..belum lagi yang tengok depan mata & alami sendiri...apapun moga kita semua dilindungiNya....amin....
@nuyui a.k.a miss YUI huu..lagi2 melibatkan bas kan yui...sebab bwk nyawa yg ramai...tapi mujur masa ni ada 2 penumpang n pemandu......
@Myra Jay yeke sis? xcden dengan apa?
@Myra Jay aah kak...risau kan...
@Rai Ourkizuna aah sis..petang semalam....
innalillah :((( takut lah.... hm
subhanallah T_T
sebab ni laa ika takut nak naik bus
Post a Comment