Wednesday, March 19, 2014

Ephyra yakin capai sasaran jualan RM5 juta

AMIZA Amiuddin bersama produk EPHYRA di butik Oceanlife Marketing di Platinum Waik, Setapak semalam. - UTUSAN / FARIZUAN SHARIFF

KUALA LUMPUR 18 Mac - Syarikat pengeluar produk makanan kesihatan tambahan, Oceanlife Marketing Sdn. Bhd., menerusi produk Ephyra optimis untuk mencapai sasaran jualan RM5 juta menjelang akhir 2014 berbanding RM2.5 juta dicatatkan tahun lalu.

Pengasas Oceanlife Marketing, Amiza Amiruddin berkata, unjuran itu berdasarkan program perluasan dan pengukuhan produk yang semakin giat dijalankan di samping sambutan menggalakkan diterima setakat ini.

Katanya, program jelajah ke-10 negeri bagi mempromosi produknya akan bermula hujung bulan ini, malah Ephyra yang telah dieksport ke Singapura dan Brunei sejak 2013, ketika ini sedang dalam perbincangan bagi menembusi pasaran Indonesia.

Menurutnya, produk Ephyra diperkenalkan sejak April 2012 itu mengambil masa selama setahun bagi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk perbelanjaan pelaburan sebanyak RM100,000.

"Kami begitu komited dalam menghasilkan Ephyra di mana di sebalik produk ini, sekumpulan penyelidik terdiri daripada pakar bio-perubatan, pemakanan dan kesihatan turut terlibat.

"Syarikat justeru berharap dapat menjual kira-kira 30,000 kotak Ephyra menerusi 400 pengedar kami di seluruh Malaysia dan rangkaian farmasi di Lembah Klang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai pemilihan nama produk kesihatan itu, Amiza menerangkan, Ephyra merupakan nama saintifik bagi obor-obor, bersesuaian dengan konsep produk itu yang menggunakan bahan-bahan semula jadi sebagai bahan asas.

Tambahnya, Ephyra yang mem­­­­punyai pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijual dengan harga RM68 hingga RM197.

"Mereka yang berminat untuk menjana pendapatan sebagai stokis negeri dan ejen di seluruh Malaysia boleh melayari www.oceanlife2u.com," katanya.

sumber:utusan.com.my
Namie Beauty

4 comments:

Kisah Si Dairy said...

nampaknya dah semakin ramai yang menggunakan ephyra kerana keberkesanannya...

Norhasniza Khalid said...

produk hebat, kesan hebat.. memang terbaiklah.

Farah Waheda Wahid said...

Ephyra memang terbaik dan terbukti keberkesanannya...

IzZa HaDi said...

Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?

Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com