Thursday, March 13, 2014

Pelabuhan Klang catat IPU sangat tidak sihat

KUALA LUMPUR 13 Mac - Pelabuhan Klang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 203 yang dikategori sebagai 'sangat tidak sihat' setakat 1 tengah hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 12 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (113), Nilai (162), Port Dickson (113), Seremban (129) dan Tanjung Malim (113).

Lokasi lain ialah Banting dan Kuala Selangor, masing-masing dengan bacaan (162), Petaling Jaya (135), Shah Alam (132), Batu Muda (135), Cheras (123) dan Putrajaya (145).

Sementara itu, dua tempat menghampiri bacaan IPU tidak sihat iaitu Bandaraya Melaka (99) dan Sri Aman (96).

Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

Untuk maklumat lanjut dan bacaan IPU di tempat-tempat lain, orang ramai boleh merujuk kepada portal JAS di http://apims.doe.gov.my. - BERNAMA

sumber : utusan.com.my
Namie Beauty

10 comments:

Anum said...

bahayanya

Umie Amirain said...

jaga kesihatan ye

Farah Waheda Wahid said...

memang semakin teruk pun jerebu ni...

Kiera Rashid said...

Jerebu mai balik
Kat tempat kiera pun nak jerebu ni ...
Jaga kesihatan yer semua

Unknown said...

Apa yg berlaku ada hikmahnya. Sama2 kita berdoa pada Allah..

Nadiah Sidek said...

jerebu balik ya sekarang ni

Tie HT said...

Moga musibah yang berlaku ada hikmah disebaliknya

norhasnizakhalid said...

kena banyak jaga kesihatan tau dear....

Azhafizah MN said...

kurangkan aktiviti luar rumah dalam keadaan cuaca yang tidak sihat ni.

norhasnizakhalid said...

jaga kesihatan ye nana, banyakkan minum air..