Tuesday, April 22, 2014

Banjir kilat berhampiran KTM Serdang

BANJIR kilat berhampiran stesen komuter KTM Serdang. Gambar credit mymetro

Kuala Lumpur: Banjir kilat dan ribut di Lembah Klang petang semalam, menjejaskan beberapa lokasi di Sri Serdang selain mengakibatkan beberapa kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Petaling Jaya. 

Hujan lebat bermula kira-kira jam 4 petang itu turut menyebabkan kawasan berhampiran Stesen Komuter Serdang dinaiki air sedalam satu meter, sekali gus menimbulkan kesesakan lalu-lintas.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata banjir kilat turut menyebabkan kira-kira 30 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Serdang terperangkap berikutan pekarangan sekolah dinaiki air hingga paras lutut.

banjir_L_140421
Gambar credit therakyatpost

“Anggota bomba tiba ke sekolah berkenaan kira-kira jam 5 petang untuk membantu memindahkan murid terjejas ke Dewan Rukun Tetangga berhampiran sementara menunggu diambil ibu bapa masing-masing. 

“Di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Petaling Jaya, enam kenderaan dilapor mengalami kerosakan ditimpa pokok manakala beberapa bumbung rumah diterbangkan ribut,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 

Antara kereta yang dilaporkan rosak ialah dua buah kereta jenis Renault, dua PROTON Perdana, sebuah Toyota Camry dan sebuah PRODUA Myvi namun tiada mangsa tercedera ketika kejadian. 

Beberapa laluan di lebuh raya Sprint dari Seksyen 16, Petaling Jaya dan Bulatan Dato Onn menuju Bangunan Parlimen, turut ditenggelami serta menyebabkan kesesakan lalu lintas. 
Aliran lalu-lintas dari Bandar Utama ke Taman Tun Dr Ismail dan dari Kelana Jaya ke SS2, Petaling Jaya turut sesak. 

Bagaimanapun, banjir dilaporkan surut mulai jam 8.30 malam tadi selepas hujan berhenti.


sumber bh online
Namie Beauty

7 comments:

Nanie said...

Alhamdulillah hujan... Kat Trg ni dah macam musim panas. Panas memanjang. Naiklah bil letrik bulan ni sbb aircond 24 jam.

Nurzakiah Hanum said...

teruk gak kan

cahaya mata said...

yes, lately mmg sehari tu dua kali (plg kurg) hujan lebat+ribut.. moga semua selamat.. amiin..




Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan salam singgah sini dik Nana....teruk jugak banjir dia kan..

Mar Mansor said...

teruk juga ye banjir kilat ni?

Diana Nurul said...

teringat plak zaman blajar kt upm serdang.. KTM tu lah pengangkutan utama balik rumah kat port klang sebelum abah belikan kereta.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ish..smpai banjir kilat.dulu selalu gak naik train kt ktm tu.