Sunday, April 13, 2014

Hadiah Terbaik

 

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupakan wang ringgit atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang yang ada: 

Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa. 
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan 
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan 
Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan 
Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang 
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah 
Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian 
Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan 
Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan 
Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan 
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran
Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah senyuman 
Hadiah terbaik untuk Rasulullah adalah selawat 
Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan 

Sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk kita juga pada hari esok.
Namie Beauty

4 comments:

Aisyah Az said...

indeed true. mendoakan kebahagiaan mereka ialah the best present ever =')

Aqilah Azmi said...

betul :)
hadiahkan yg terbaik inshaallah nnt mesti allah pun balas balik kebaikan kita etc.
:D

Fiza Aizzawa said...

hadiah yg kita tak nampak secara fizikal nye tetapi impaknya sangat besar...

QasehnyaRania said...

in shaa Allah