Wednesday, April 23, 2014

Kaitan Bayi dengan Mandi Air Sejuk

1239482_515989871819769_1424001411_n

Ikuti pertanyaan di bawah ini yang telah diaju kepada Dr Zubaidi.

“Assalamualaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Doktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkah memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” 

Jawapan Dr Zubaidi Ahmad
Wa alaikummussalam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kematian pada bayi. Waktu memandikan bayi tidak berapa penting, malah boleh memandikan bayi waktu malam, asalkan menggunakan air yang suam.
Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air hangat, karena air dingin bisa membuat bayi mengalami hipotermia.
Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.
Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernafas dan berbahaya kepada bayi. Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 derjah celsius, karena suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi.
Sila kongsi artikel ini kepada para ibubapa. 

sumber sini

Namie Beauty

4 comments:

Anum said...

MAKLUMAN YANG SGT BERGUNA

Sally Samsaiman said...

kesiannya jiran dia ye..alfatihah...

benda mcm ni mmg kena amik tau...sebab bersabit dgn nyawa :')

ecah khalili said...

Thanks untuk info..sangat berguna untuk bakal mummy.. =)

cahaya mata said...

huhu..sedihnye.. =(