Saturday, April 5, 2014

Kenangan zaman kanak-kanak :) Sapa pernah buat????

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar. 
2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita. 
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat. 
4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'm'. 
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit. 
7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡ 
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati. 
9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air. 
10. Fikir dunia kartun memang wujud. 
11.Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis. 
12.Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

13. Susun kusyen dan buat seni binaan.

  
14 Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki. 15.Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik. 

16. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main binggo. 
17.. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul. 

18. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja. 
19. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring. 
21.Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati. 

22. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
23. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

sumber:fb
Namie Beauty

5 comments:

Kisah Si Dairy said...

manisnya kenangan masa kenak-kanak dlu kan.

Tihara said...

boleh kata semua kak tab buat tetama yg no 8 samapi sekarang hihi :)

Huny eda said...

pernah3x...mustahil zaman kanak2 xda buat benda ni...miss sangat zaman kebudak-kebudakan..hee

Aisyah Az said...

ecah pernah buat semuanyaa.. oh mai. i do really miss my childhood ^^

Tashira Sha said...

rasa macam diri ni dah tua sangat sebab zaman kanak kanak dah lama berlalu :( heee