Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Roast Almond- Cadbury Dairy Milk |
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.
Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu:
1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
KKM mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei.
Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA babi (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
credit astroawani
5 comments:
Tanpa disedari. Lepas nie, kena teliti dalam memilih makanan .
patutnya cadbury sbg salah satu company besar peka dgn benda2 mcm ni. hmm..
Entah dah berape ramai org yg mkn cadbury ni..
baru je ritu beli yg hazel nut punya... nk buat japanese crepe.. beli yang besar panjang lak tu.. hmmm
senang cerita, semua produk cadbury jangan makan sebab dorang akan guna ingredient yang lebih kurang sama dan bekan yang sama untuk menghasilkan coklat. ini cerita daripada kawan saya yang belajar food processing. Cadbury memang satu company yang besar, tapi tengoklah daripada mana, so dorang betul2 kisah ke pasal halal & haram? yang menyedihkan, macam mana jakim boleh berikan kelulusan?
Post a Comment