Tuesday, May 20, 2014

MH370: Anak pramugara selamat dilahirkan

KUALA LUMPUR: "Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini."

Bait-bait ayat itu itu dimuat naik Intan Maizura Othaman di laman Instagramnya beberapa jam sebelum melahirkan anak keduanya itu.

Intan memuat naik gambar tag namanya dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.

intan2

"Sayang, ampunkanlah segala dosa-dosa mami to you. Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita, "

Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.

Meskipun tanpa Hazrin disisi, dia berjanji untuk terus tabah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

intan1

"Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus curahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata you yang diamanahkan oleh Allah ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat,"

Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan bernama Iman.

Hampir tiga bulan berlalu, Hazrin hilang tanpa khabar berita bersama 239 penumpang lain yang menaiki pesawat MH370.

Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac.

Sehingga kini usaha mencari dan menjejak, SAR giat dijalankan dengan memasuki fasa baru- pencarian di dasar laut.


sumber :astro awani

Namie Beauty

12 comments:

Ismi Ana said...

Allah, sedihnye baca. Anak tu lahir tnpa bapanya di sisi. :'( semoga Tuhan beri kekuatan pd-Nya.

Falsya said...

Allahuakbar..sedihnye..bertakung air mata ahkak kat opis nis..

Syira Lokman said...

alhamdulillah :')

nur anis said...

sedinhnya....semoga beliau terus kuat dan tabah..

cahaya mata said...

huhu.. sedih sgt.. T_T moga beliau terus tabah & dipermudahkan segala urusan.. amiin.. jnh..kt tag jnh kat sini http://muslimahad-deen.blogspot.com/2014/05/1st-mini-giveaway-by-atikah-aziz.html. take care

Tie HT said...

berat duggan nya
alhamdulillah selamat melahirkan putera

ikafantasi said...

ya Allah..sedihnye

haryati said...

Sedihnye baca entri nana ni... moga beliau tabah tuk mbesarkan anak2 nya

Cik Itah said...

salam..alhamdulillah

anys nadhilah said...

sedihnye lahir tanpa suami disisi

AnneRaini said...

comel sgt baby tu tp bila fikir2 die xdpt jumpe ayah die rasa sayu sgt...huwarghhh sedih.

QasehnyaRania said...

tahniah
sedeynya baca entri ni.
sedey sbb ayah muhammad tiada di sisi maminya..
semoga dipermudahkan buat mami utk menjga permata hti mereka.