Tuesday, May 6, 2014

Seniman lagenda Aziz Sattar meninggal dunia

 Seniman lagenda Aziz Sattar meninggal dunia
Seniman lagenda Datuk Aziz Sattar dalam kenangan - Al-Fatihah

KUALA LUMPUR: Perginya seorang lagi lagenda, pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Sattar, bermakna negara kita kehilangan trio hebat zaman kegemilangan filem melayu Jalan Ampas.

Aziz Sattar, 89 meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi di Hospital Kajang akibat penyakit jantung.

Watak beliau sebagai Ajis bersama trio Ramlee dan Sudin di dalam filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan banyak lagi, sememangnya masih segar dalam ingatan peminat filem melayu.

Selepas era Jalan Ampas. Allahyarham menghasilkan filem pertama arahannya iaitu Keluarga Si Comat pada tahun 1975.

Allahyarham kemudiannya mula mengarah beberapa filem seperti Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Setinggan, Tujuh Biang Keladi, Ok dan Adik yang sekaligus turut melahirkan nama-nama besar dalam dunia komedi seperti AR Badul dan Mr. Os.

Ikon lawak negara yang turut dikenali sebagai Pak Ajis ini dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 1925.

Pemergian Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak, 19 cucu, lima cicit dan seorang balu.

Jenazah akan disempurnakan di kediaman anaknya, di alamat alamat 37 Jalan Suasana 2/2 Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Jenazah dijangka dikebumikan pada hari ini.
Namie Beauty

11 comments:

msredcheesecake said...

innalillah...

alfatihah...

Anum said...

al-fatihah

Nanie Dean said...

Innalillah dan al-fatihah

nuyui a.k.a miss YUI said...

al-Fatihah

Lieya Von Jay said...

kehilangan yang amat besar dalam industri seni tanah air. al fatihah

Ismi Ana said...

Al Fatihah...semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang2 yg soleh.

licha said...

salam takziah .. suka tengok cerita bujang lapok masa kecik. memang tak jemu

adianiez AIDA said...

innalillah...

Afiqah said...

Al Fatihah :)

Nadratul Syazwana said...

Innalillah. Al-Fatihah buat seniman..

Blog Santai said...

Al Fatihah untuk arwah..Takziah untuk semua ahli keluarga beliau..