Friday, July 18, 2014

Pesawat Malaysia Airlines MH17 terputus hubungan

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.


sumber : astro awani
 
Namie Beauty

4 comments:

Affy Afiqah said...

terkejut ika baca ni nana T_T
ika klik3 promoted content 2x n dove untuk nana...

Ibu Yusuf Maryam said...

Salam takziah buat keluarga mereka dan alfatihah utk mangsa beragama Islam..

Cik Itah said...

salam...terkejut dan sedih :(

al-fatihah & salam takziah buat semua keluarga penumpang MH17

Unknown said...

Salam kenal..Allahu..sedih sangat dengar berita ni..semoga keluarga penumpang tabah..
*Done follow..
Jemput join segmen Wanie

http://norniwanie.blogspot.com/2014/07/segmen-pertama-wanie.html