Thursday, October 22, 2015

Review Polis Evo

Assalamualaikum semua...

#throwback Antara filem yang wajib tengok :D Thumbs up ! Even uols bukan jenis suka filem aksi tembak tembak bagai tapi filem ni teramat amat best. Bukan aksi semata part lucu pun banyak. Cocok bangat gandingan Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Nora Danish 

Anak buah dua orang tu haa. Sibuk sangat nak tengok wayang ceta Polis Evo. Makanya makcik n pakcik dia ni bawak la mereka p. Ingatkan biasa biasa je ceritanya. Sekali hah ambek. Nak gugur jantung tengok part tembak tembak tu. Tapi memang best lah ! Review ikhlas dari puan blog yang bukan peminat filem aksi


Polis Evo, Filem Aksi Gempak 2015


Sinopsis :

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Sekian, jumpa lagi di next entry ! :)

Namie Beauty

10 comments:

QasehnyaRania said...

padan la gegurl dlm tv bagi 20 bintang, kan
ciksu x tgk lagi.

Ibu Lala said...

anak akk yg 6 tahun tu pun sebuk nak tgk citer polis evo nih. mgu depan la kot baru boleh bawak. minggu ni exam x habis lagi.

Aqilah Azmi said...

ramai suka polis evo ni huhu
nk tunggu keluor astro first je hihihi

Unknown said...

@QasehnyaRania ciksu tengok la nanti. best :D

Unknown said...

@Ibu Lala hihi, tula kak, kebetulan anak buah datang rumah haritu, tu yang diorang beriya ajak nana tengok ceta ni :) kalau tak, nana pun tak tengok jugak, heeee

Unknown said...

@Aqilah Azmi haha. kebetulan je ni qilah. kalau tak memang tak nengoknya ^^ tapi serius best ceta ni ! rasa nak tengok lagi, hihi

eyjalukman said...

semua org cakap bestt. tp tk pergi2 lagi smpai ke sudah haha.

Unknown said...

@eyjalukman nana sebelum tengok ceta ni tak pernah dengar pulak orang cakap best. hihi, nampak sangat kan tak ambek tau ceta aksi aksi ni ;p

Eintan Nurfuzie said...

cik en tgk minggu lps.. mmg cik en bagi 5 bintang...
Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

Unknown said...

Best kan cik en :D Nana bagi 100 bintang ! Ekekeke. Btw tq cik en invite Nana, Nana da join da pun :)