Monday, January 7, 2013

1st day @Kelantan

assalamualaikum semua...

plan kami bila da tiba di kelantan nak terus jalan-jalan. so en.kimie hantar kami siap-siap dulu kat umah cik syikin. sempat jugakla kami menjamu selera. memasing da kelaparan yela malam tu just makan kfc je.

menu kami tengahari tu kari ayam + ayam goreng + udang goreng kunyit + telur masin. terima kasih mak cik syikin masak untuk kami. masa dalam train lagi mak en.kimie ada call nana jemput ke rumah. so lepas da siap-siap tu kami terus ke umah en.kimie.

1st time nana ke sana. alhamdulillah disambut baik keluarga en.kimie^-^ and sekali lagi kami dijemput makan. kata orang rezeki jangan ditolakkan. menu kedua kami tomyam ayam + ikan bawal masak merah + ikan cencaru bakar + telur dadar.

kenyang tak terkata. terima kasih makcik! siap makan kakak en.kimie sampai. dapatla nana jumpa baby amir. pastu atok nenek and makcik en.kimie pulak datang. meriah sekejap umah.


sebelum keluar, kami tumpang solat dekat umah en.kimie. dalam 3lebih baru gerak. 1st tempat dituju plaza tok guru. penuh dengan kain baju tudung semua. then terus ke pantai cahaya bulan. sempat jugakla kami redah banjir.


kami berempat @Pantai Cahaya Bulan^-^


bukan kami je snap-snap gambar dalam hujan^-^


 pelbagai jenis bebola,udang ketam ikan yang disalut tepung


 menikmati colek + air kelapa - rm17

siap makan di pcb terus p cari tiket untuk ke perak. elokje sampai kaunter tiket pulak tengah rehat. sementara tu kami jalan-jalan dulu dalam tesco. masa ni nana mesej-mesej dengan blogger cik lynn. gtau nana ada kat tesco. mana la tau dapat jumpa ke kan^-^ tapinya tidak kesampaian.

tak lama pun kami kat tesco. just cucuk duet solat and terus ke kaunter tiket semula. siap beli tiket plan seterusnya ke wakaf che yeh. masa ni ujan tak berhenti. shoping jugakla kami dalam hujan.

sesampai je cari selipar dulu sebab senang nak redah dalam hujan-hujan tu. memang betul kata cik lynn xsyok nak cuci2 mata time hujan-hujan ni. nana just beli kain batik and kain pelikat untuk mak dan abah. memasing pun dah kepenatan. so before balik kami pekena kuetiaw and mihun sup.

Namie Beauty

10 comments:

Nadiah Sidek said...

amboi..sedapnya dia makan..

bb_nona said...

fuhhh3!!! hehheee,untonggnyerr~!!

hurm,,sis..mntk tlg,,hhee

assalam dan hye warga FB !!! ehem2~ jom IKHLASKAN Hati tolongggg VOTE..~semoga keikhlasanMU memberi bahagiaa.. ♥

How to vote:
1. klik http://www.bharian.com.my/ikonvarsiti
2. klik Projek Khidmat sosial dlm negara
3. klik Untuk mengundi
4. klik SIFE UNIKC (ada typo should be UNIKL)
5. vOTE
terima kasih

laskar pelangi said...

kita plak rindu nak balik kb...sob3 -,-
rindunyaaaa nak pergi pcb.dua minggu lagi baru balik sana..huk3

nenot said...

waa...seronok nye dapat jejalan...xpenah p kelate g..:)

Mira Adzlia said...

syioknye mkn yg grg tepung di tepi pantai..huhu

yan's cottage said...

salam kenal....singgah follow sini...jom singgah blog yan pula....

miza yusof said...

tak tahan tengok ikan goreng tepun tu. sangat menggoda :)
rindu pantai cahaya bulan :)

izyantyPersonalTaste said...

mkn time hujan lg sedap..he3..

ct kektus said...

seronok kan jalan2. :D

tapi bila hujan je, mood terus hilang.

sHaRiNa eLyaNa said...

mata sha tertumpa pd colek ?? eh xpena dgr heheh