Tuesday, February 19, 2013

Keluhan mangsa banjir di Puchong

 

PUCHONG: Banjir kilat yang melanda kawasan Puchong berhampiran kompleks pusat beli belah IOI Puchong kembali pulih sekitar jam 7 petang.

Kejadian tersebut mengejutkan penduduk setempat serta peniaga kerana tidak pernah sebarang kejadian banjir berlaku di kawasan berkenaan.

Banjir yang bermula pada jam 5 petang itu mengakibatkan beberapa buah kenderaan tenggelam dengan ketinggian air sedalam 1.5 meter.

Sementara itu, kawasan di dalam kompleks membeli belah itu turut terjejas dinaiki air.

Menurut seorang pengunjung pusat beli belah tersebut, Khairul Nizam, sejurus selesai urusan disana dia terkejut apabila mendapati keretanya ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

“Sehingga kini kereta saya masih tidak dapat dihidupkan berikutan telah dipenuhi air, oleh itu terpaksa saya mengupah orang untuk menarik kereta ini ke bengkel kereta berdekatan,” kata Nizam.

Seorang lagi pengunjung, Suzana Muhammad yang membawa seluruh ahli keluarganya ke pusat beli belah itu berasa kesal setelah tidak mampu menghantar kedua ibu bapanya pulang ke kampung berikutan kereta rosak.

“Susah la macam ini kerana saya tidak tahu apa yang rosak selain harus menunggu beberapa hari untuk kereta ini diperbaiki,” kata Suzana.

Menurut seorang kakitangan pusat beli belah berkenaan, Tam Sha Faa, pihak pusat beli belah, pihak IOI harus dipertanggungjawabkan atas segala kerugian dialami.

“Siapa yang nak bayar ganti rugi kereta ini, kita tengok apa yang management kata dalam perjumpaan esok pagi sebelum kami menyuarakan pendapat,” kata Sha Fan.

Banjir kilat itu turut mengakibatkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway, Subang Jaya dan Puchong Perdana.



sumber : astroawani.com


Namie Beauty

7 comments:

Nour Adieb said...

masyaAllah, dasyat tul banjir ni. cian la warga puchong :'(

LIZA n SAMs said...

perlu ke pihak management dislahkan... sdgkan projek gah LRT yang sdg dijalankan menyebabkan sistem saliran terganggu....

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk teruk gak tu

Unknown said...

Teruk gak tu , semoga semuanya selamat :)

AnneRaini said...

tgk dlm paper dah mcm sungai dah..

Unknown said...

Banjir yang sungguh teruk. Kilat sabung-menyabung dengan kuatnya semalam. Takut betul Mieya !

Nisa Greennnpanda said...

perghh.. dahsyat tue..
br je igt nk gi IOI, huhu~..