Thursday, February 21, 2013

Perniagaan dalam talian dipantau

PUTRAJAYA – Semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian diwajibkan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan menjaga kepentingan pelanggan dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan urus niaga secara elektronik.
Jelasnya, peraturan tersebut mewajibkan peniaga menyediakan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, alamat, e-mel dan ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan kepada pelanggan.
“Kerajaan juga tidak benarkan sebarang kos tersembunyi, jadi peniaga perlu meletakkan harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk kos sampingan.
“Selain itu, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran pesanan pelanggan harus dinyatakan dengan jelas,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
sumber : kosmo
Namie Beauty

7 comments:

♥ CIKZEK ♥ said...

hmmm mcm2 hal kan...

uNa said...

salam nana..elok la macam tu..so, xde la yang kne tipu or macam-macam lagi..una pun sllu gak bli barang online ni

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg ptut buat cmtu.. nak elak pembeli teraniaya

Mieya Atiera said...

Bagus juga kalau macam nie. Terjamin sikit para pengguna drpd menjadi mangsa penipuan.

Nisa Greennnpanda said...

bgus gak.. coz ade gak seller on9 yg mnipu..

alamak.. sy xgi daftar lg bisnes craft.. kne cr mase nie, huhu~..

are_lin@yu said...

klu smapai ada yg tertipu mmg patut pantau..

AnneRaini said...

mmg kena buat camni sbb online ni berisiko sikit.