Tuesday, October 8, 2013

Kami ke Nilai (◕‿◕✿)

assalamualaikum semua...

cuti hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti. hari sabtu pepagi lagi da gerak ke konvo en.kimie. pagi ahad pulak mak ajak shoping ke Nilai. hanya kami bertiga je...mak abah & nana. masa yang sama jugak family my sis ke Genting. g main bowling. 


memang seronokla mak memborong. kebetulan masa lalu deretan kedai CK-Italia ni diorang tengah buat happy hour. murah2 jugakla. sesambil diorang promo tu ada jugak maskot katun2 dengan badut buat belon tu. memang menjadi tumpuan la kedai tu :)


besar jugakla kedai dia. memacam barang. dari carpet. langsir. cadar. blind roll semua ada. dalam bebanyak tu paling berkenan box 2 in 1 ni. boleh letak barang & jadi tempat duduk. RM10 je. terus bodek mak suruh beli.  alasan nanti boleh letak mainan hero2. takla bersepah :)



selesai shoping situ g kedai carpet pulak. kawan mak kirim shaggy carpet. pastu ada jugak beli tikar untuk budak2..pelbagai corak! bab tawar menawar serah pada mak je. confirm dapat harga yang lebih murah :)

tujuan asalnya mak nak cari kain langsir. memang sampai2 je terus g kedai yang dituju. tak ingat nama kedai. tapi cawangan MK curtain tu jugak. dah pernah survey tempat lain, kedai tu jugak yang murah. 

masa odw ke kedai langsir, mak dah aim nak g kedai satu ni. banner dia tulis SEMUA BARANG LELONG. kedai pun penuh dengan notis sale sale sale & lelong :)


best jugak kedai ni. area depan surau. diskaun 50% untuk semua langsir siap. cantik2 jugak. mana yang harga RM600++.. jadi RM300++ je. tapi tak snap pulak gambar langsir2..sebab pekerja dia ngikut je customer p mana :) ni pun snap curi2..

kali ni merata jugak ler pusing Nilai 3 tu. 







tak lama NILAI 3 STREETMALL ni pulak akan dibuka. pasti meriah dengan bas2 rombongan ke Nilai. tapi masa p ritu da ada jugak kedai yang da bukak dekat NILAI 3 STREETMALL ni. cuma tak banyak. 

sampai umah, family my sis pun sesama sampai dari genting. pastu siap2 nak g jenguk adik kat asrama pulak. balik tu en.kimie singgah umah jap. anta gambar. merasa jugakla dia makan pecal. mak buat ^-^ lepas maghrib kami balik kampung mak sekejap. memang penuh dengan aktiviti :)

alhamdulillah...terima kasih Ya Allah! hari2 ku dipenuhi dengan insan2 tersayang..:)

Namie Beauty

8 comments:

Nisa Greennnpanda said...

wah...congrats en kimie ssb dh grad.. sy pun br pas konvo..hehehe...

shopping sakan ke? muehehehe... sy nye adk pmpuan stdy kat nilai, tp br skali je kitorg gi nilai 3...

Lieya Von Jay said...

mana kimie kak nak tgk hehehee... shopping sakan ye semua kedai brg umah ja ^_^

Syeeda said...

wah bestnya shoping kat nilai..

asha hana said...

wahhh shopping sakan la ea. haha

Affy Afiqah said...

ika pernah juga pi nilai ni, cari tudung mama. habis satu nilai 3 tu ika pusing, xnk p dah, penat pusing2 situ..hukhukhuk
klu p pun kne p ngn fmily..mama msti ikut..hoho

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah shopping sakan kat nilai eh

YUS said...

Amboi syoknya shopping!!! k'yus nk kesana asyi kena tahan jerk ngan asben! hahahaa... jahat dia kan! (LOL)

ZalinZalina said...

Bestnye shopinggg..kak ina nak pegi Nilai nak cari lampu aje :)