Friday, June 27, 2014

Tip berpuasa untuk si cilik

 

Antara tip bagi membantu kanak-kanak berpuasa :

  • Pastikan anak-anak mandi dengan betul bagi menyegarkan minda mereka sebelum pergi ke sekolah waktu pagi dan pada waktu petang ketika pulang ke rumah.
  • Pastikan anak-anak tidur awal lebih kurang pukul 9 malam agar mereka boleh menyimpan tenaga lebih untuk digunakan keesokan hari.
  • Jangan biarkan anak-anak membantu anda di dapur sekiranya anda tahu mereka tidak boleh menahan godaan makanan yang bakal dihidangkan untuk berbuka.


  • Bagi semangat kepada anak-anak anda untuk mengelak daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa termasuk tarikan makanan seperti makanan ringan di kaunter kedai, kafe dan restoran.
  • Beri pujian dan insentif untuk setiap hari mereka berjaya puasa penuh.
  • Rancang aktiviti dalaman seperti membaca dan permainan untuk menarik perhatian mereka dikala mereka mula berasa lapar dan dahaga.
  • Menggalakkan kanak-kanak untuk bersahur setiap pagi.
  • Ibu bapa digalakkan untuk mengambil anak-anak dari sekolah supaya mereka tidak keletihan dari berjalan pulang ke rumah.
 
  sumber : utusan malaysia (gambar credit to google)
 
Namie Beauty

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

nuyui a.k.a miss YUI said...

tips utk org tua pun leh ni..hihih

slmt berpuasa..

fieda said...

moga2 cuaca tak pnas terik la kan bulan puasa ni..sian kt budak2..

AnneRaini said...

bagus tips ni..akak thn depan baru nk ajar kasyah puasa. taun ni baru 4 thn..

Kisah Si Dairy said...

suka tengok gellagat anak kecil berpuasa...

Ismi Ana said...

Nice sharing..tapi skrg cuaca kan panas.. Mungkin puasa makan je, minum tu kene bagi jugak..risau panas dalam. Budak2 kan..

Ibu Lala said...

Moga anak anak sy dapat berpuasa semuanya especially yg umo 5 tahun tu.

acik idah said...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa nana... :)

Affy Afiqah said...

selamat berpuasa nananaaaaaaa heeee :D

tips yang terbaik, tapi umah di dah takde si cilik2 dah, sume dah besar ahahahaha