Wednesday, October 23, 2013

Aidiladha 1434H di Kelantan

assalamualaikum semua...

cerita aidiladha@raya haji kali ni disambut macam tahun2 yang lalu. cuma kali ni selesai solat sunat hari raya kami bersiap2 untuk ke Kelantan. ke rumah tok sedara di Machang. haa...da seminggu berlalu baru nak update. takpa la kan :) 

kalau sebut raya haji di kelantan. mesti ada yang kata raya haji di sana lebih meriah kan. kami belum pernah merasai kemeriahan raya haji di sana. sebab bertolak pun pagi raya. sampai sana da petang. pergi pulak semalaman je. sebab tujuan asal kami nak ziarah tok sedara :)

 perjalanan mengambil masa 5 jam. bertolak 10am sampai sana dalam 2pm lebih. ikut laluan gua musang. alhamdulillah..perjalanan yang lancar. tambah pulak ada highway baru. highway chegar perah kot namanya. tapi masih dalam pembinaan lagi. 




dalam pukul 1pm tersangkut sekejap dalam jem. ada exciden kat felda chiku. kira baru jugakla berlaku. sebab sempat nengok tiga ambulans bergegas hantar mangsa2 exciden ke hospital. semoga semuanya selamat..






elok sampai umah tok sedara hujan renyai2. kami dihidang dengan pebagai juadah. da nama pun raya kan. ketupat. rendang. laksam. lontong semua ada. lepas asar baru kami check in roomstay. Arena D'Villa Roomstay. hanya RM88 semalaman. roomstay ni lebih kurang D'Mendes homestay concept Batu Pahat. ada 6 unit bilik cantik & selesa :)


tak lama kami sampai kawan mak pun datang. hantar cadar2 untuk dijual. memang kemas je jahitan makcik ni. kain cadar dia pun berkualiti. sebagai buah tangan mak bagi biskut raya dahlia & tempoyak. suka sangat makcik tu sebab dia kata boleh buat cicah budu.




pergi semalaman memang tak sempat nak jalan2 pun. tambah pulak hujan je. pagi esoknya sebelum balik singgah umah tok sedara dulu. kebetulan en.kimie & parents nya nak jumpa so sempat jugakla kami jalan2 bandar Machang sekejap. g kedai kasut. murah2 je kasut kat sana. mak kata beli kasut je buat kenangan g kelantan :)

bila en.kimie gtau da dekat tanah merah. terus ke roomstay semula sebab senang jumpa kat sana je. boleh duduk2 borak2..cuma tak da kuih raya nak hidang la. maaf ye makcik sekeluarga :) tapi mak memang da siap2 bawak biskut raya dahlia & tempoyak sebagai buah tangan.

dalam pukul 11.30am kami pun gerak balik. apapun syukur alhamdulillah selamat sampai umah...tamat sudah cerita aidiladha kali ni. takda gambar juadah raya mahupun gambar raya kami sekeluarga. sekian :)
Namie Beauty

18 comments:

Lieya Von Jay said...

sempat jugak yer jumpa dgn kekasih hati nana :)

Cik Itah@RRP said...

yeahh itu dia cerita raya nana..hihi seminggu da baru nak update ya :)

Rai Ourkizuna said...

alhamdulillah perjalanan lancar.. jauh jugak tu perjalanan 5 jam.. lenguh kaki dreba..haha

nanakimie said...

@Lieya Von Jay hee,tula kak.ma dia beriya jemput ke rumah,tapi tak dapat nak g.last2 ma dia yang datang :)

nanakimie said...

@Cik Itah@RRP hihi,mood ke laut nak menaip gitu la cik itah:)

nanakimie said...

@Rai Ourkizuna alhamdulillah...aah,jauh...adik nana gilir2 drive dengan abah:)

MG schmidt said...

88/nite
ok sgt la tu kan ?
nampak pun mcm bersih di jaga je tu :)

nur hannis mohamad said...

murah la homestay kat sana.. hurm syg x da pic raya kan kalau mesti meriah kan nana? hihi apepun ok la 2 selamat semuanya..

Myra Jay said...

Hheee, sempat lagi 'dating' kat sana ye..
Oqhe kelate ye en kimi tu :)

Apapun alhamdulillah perjalanan dipermudahkan :D

Falsya said...

bestnye..balik kg la jugak time raya..akak xde gie mana pun..lengang betul jalan raya nak ke kelantan..

YUS said...

K'yus dah 8 tahun tak balik beraya Aidiladha kt kelantan! Huhu.. Susah sebab cuti sket jer... Rindu jugak nak beraya kat sana. Meriah dia sama macam hari raya aidilfitri!

nanakimie said...

@MG schmidt aah MG,ok sangat2..toilet dia pun besar tau,heee..tv econ sofa almari semua ada,memang lengkapla:)

nanakimie said...

@nur hannis mohamad takda pic raya pun tetap meriah kak,hihi....meriah dengan makan2:)

ZalinZalina said...

Kak ina belum pernah lagi sampai ke Kelantan...teringin nak ke sana :)

nanakimie said...

@Myra Jay aah sis,ore qlate:) ma dia beriya jemput beraya ke rumah,tapi tak dapat nak datang,kalau g lama sikit boleh jugak beraya sana,tetiba pagi tu kimie call mak nana kata mak dia nak jumpa jap,heee....tu yang sempat jalan2 bandar macang jap:)

nanakimie said...

@Falsya selalu raya haji balik kg mak je...makcik nana masak macam2,seronok!heee....takpa,akak kena banyak rehat:) aah,tu abah nana nak gerak pagi raya,nak elak jem...

nanakimie said...

@YUS oo,kg kak yus kat kelantan ye..aah cuti sekejap je kan,pak sedara kat kelantan pun kata tahun ni mcm tak ramai yang balik,maybe cuti sekejap..

AnneRaini said...

Tulah akak pon dgr ry kat sn meriah...akak dah brsalin dah nana..hehe