Monday, October 28, 2013

Kisah seram di sekolah

assalamualaikum semua...

alkisahnya sabtu petang baru ni teman my sis ke sekolah. ada kerja dia nak setelkan. kami pergi bertiga dengan si kecik Aisy. masa kami sampai ada jugakla orang main bola kat padang.

keadaan kawasan class sunyi sepi petang tu. nak pergi bilik PIBG tu lalu lorong anti-dadah. dekat sinila ada tengkorak besar. ada patung orang. haish...kalau lalu sorang2 kat situ memang seram!

sampai bilik PIBG my sis pun buat kerja dia. si kecik Aisy sibuk nak main computer sama. siap panjat meja sekali. last2 bagi dia tengok boboi boy kat nset. da boring tengok boboi boy. pasang ceta upin upin pulak. 

cuaca masa tu pun mendung je. tak lama hujan. masa tengah duk layan Aisy tu tetiba terhidu bau kemenyan. malas nak pikir lain terus anggap ada orang bakar sampah kot. tapi memang pelik bau dia. sekejap je bau. ada jugak sebelum ke selepas tu kucing hitam lalu.

my sis pulak duk try nak masukkan data tak boleh2. last2 dia ajak balik. jam pun nak dekat pukul 6petang. masa sampai umah terdengar my sis ceta kat kawan dia. tak boleh masuk data. dengan bau kemenyan nya....bla bla bla bla...

lepas tu terusla tanya my sis. along ada bau jugak ke tadi? memang my sis pun ada bau jugak. tapi masing2 buat tak tauje. then my sis cerita pulak sekolah tu memang keras sikit. ada cerita sebaris bilik PIBG tu ada cikgu pernah jumpa .....
  bila cerita dekat abah. abah kata rasa takut kami je tu. jadinya tak taula memang bau kemenyan atau bau orang bakar sampah atau perasaan takut je semua tu. kemudian esoknya my sis ajak teman lagi after balik dari konvo. 

tapi sampai umah pun da 6 lebih. abah suruh my sis buat malam je. abah teman. so malam tu kami pergi berlima. dengan abah, abanglong Azim & abangah Aufi. si kecik Aisy tinggal kat umah dengan nenek.

sibuk budak berdua tu nak ikut. kami g lepas maghrib. pun hujan masa tu. g masa malam lagi ler sunyi kan. tapi dengan suara budak berdua tu riuh ler sekejap. boleh pulak duk bergurau sebut pasal hantu. eh kang ada pocongla. eh hantu keluarla. sabojelah!

tengah sibuk my sis buat kerja boleh pulak abangah Aufi ajak p toilet. perut dia memulas2...suruh tahan tak tertahan da dia. last2 abah g jugak anta dia p toilet. abang long Azim tunjuk jalan.

tinggal la kami berdua dalam bilik PIBG tu. dalam hati jangan la ada bunyi pelik2. tak lama tu bunyi tapak kaki. tanda abah da balik. tapi hairan jugak budak berdua tu senyapje. rupanya sampai depan pintu grill abanglong Azim sergah. hah! adoi..

sejam lebih jugakla duk situ. nak dekat kul 9 malam baru kami gerak balik. alhamdulillah..malam tu takda apa2 yang pelik2 berlaku. budak berdua tu pun relax je. sempat bergurau2 lagi.

Namie Beauty

5 comments:

Sally Samsaiman said...

lain kali cuba bukak alunan ayat Al-Quran..mgkn kurang sikit rasa takut tu... :)

Rai Ourkizuna said...

adeh.. kalau saya lari dah.. saya penakut..haha..

nanakimie said...

@Sally Samsaiman kalau duk sensorang memang nana bukak da dear:)

nanakimie said...

@Rai Ourkizuna hihi..buat biasa2 je...nak takut sangat pun tak boleh kan sis:)

Nurullai Abdullah said...

Takut jugak benda tu dengan abah nana ye... Hihi