Wednesday, November 13, 2013

Apa itu Paraben?

assalamualaikum semua...

ya! pasti ramai dah tau apa itu Paraben. pasti ramai juga yang pernah baca mengenai Paraben dari entry2 yang diupdate rakan bloggers. tak dilupa ada juga yang dah tau melalui segmen Say No To Paraben. terima kasih buat rakan2 blogger yang prihatin kerana dari situlah rasa ingin tahu diri ini mengenai Paraben muncul.

1st entry dapat tau mengenai Paraben ni dari blog Safiyyah Osman
http://sweetlikekisses.blogspot.com/2012/12/mommytolong-la-beli-toiletries-yang.html

nengok date yang diupdate tahun lepas lagikan. tapi masa tu belum muncul kesedaran lagi. tambah pulak pasal babies2..so baca pun gitujela..:)

 then bebaru ni Kak Mimi Azirah ada update
http://www.mimiepinkummi.my/2013/10/baru-tahu-bahaya-paraben.html

yang membuatkan rasa tertarik untuk ambil tahu tu sebabnya Kak Mimi ada share pasal lotion baby johnson. memang ada guna pun lotion ni cuma jarang pakai. tapi tetap jugak nak cek kandungannya ada Paraben tak. sekali Butylparaben ada Methylparaben pun ada!

haa..bila da tau ada tu terusla cek produk lain bagai sesambil google pasal Paraben. so apa itu Paraben?
Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam pemprosesan membuat bahan-bahan kosmetik. ia juga boleh didapati di dalam beberapa bahan makanan yang diproses selain bahan farmaseutikal (ubat-ubatan).

jadinya tak dinafikan kebanyakan produk kecantikan mengandungi bahan pengawet Paraben kerana fungsi utama Paraben adalah untuk membunuh dan mengelakkan pertumbuhan kuman. Paraben dapat diserap dengan mudah ke dalam badan kita,ianya kekal di dalam badan dan lama kelamaan boleh menyebabkan kanser. adakah Paraben bahaya? masing2 punya pandangan sendiri:)

yang pasti tertarik dengan penerangan mereka ini mengenai Paraben dan bahaya Paraben dari sudut positif and negatifnya
http://sepet88.blogspot.com/2012/11/kenapa-dengan-paraben.html
 http://mamaqhamaiya.blogspot.com/2013/02/paraben-napa-paraben-ni-bahaya.html

ada juga jumpa artikel dari Berita Harian yang mana kini kesedaran pengguna mengenai bahaya bahan kimia dalam produk dandanan diri dan kosmetik semakin meningkat. pada tahun 2010, hampir 10% produk baru di pasaran tertera perkataan 'bebas paraben'. pengguna turut memilih kosmetik bebas daripada bahan tambahan lain seperti alkohol atau bahan kimia.
 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bebaskimia/Article/

so pilihan di atas tangan anda sendiri. tak semua brand yang sama, ada Paraben. sebagai contoh produk Safi ada yang ada Paraben. ada yang takda. if aware pasal Paraben ni cek betul2 kandungan produk yang  kawan2 guna tak kira lotion ke,lipstik ke,pencuci muka ke,facial mask ke sebelum membeli tau. mencegah lebih baik dari mengubati...insyaAllah:)


ada jugak yang suggestkan produk2 dari Cosway contohnya macam produk kosmetik LV. produk2 Cosway yang lain pun ok jugak macam Teddie Kids Ultra-Soft Talcum Powder ni. bukan saja bau wangi yang penting ianya Paraben free:)

Namie Beauty

27 comments:

TelingaBulat said...

nk lg selamat kn nana better we try product skincare tuh semua yg berunsurkan mineral aje..natural..so xde bahan kimia cm paraben ni..kekadang walauon sikit je kandungan nye but still bahaya

Lieya Von Jay said...

la Johnson baby pon ada jugak ek. dan2 akak cek lotion akak jugak. padahal produk bayi tu,

nur hannis mohamad said...

thanks nana akak dah lama pun tahu pasal bnda n so far stakat hari ni akak akan baca label ingredients dia dulu la sblm bli... hihi

Farah Waheda Wahid said...

ada terbaca hari tu, johnson's product pun ada...adehhh dahlah favourite brand tu...

nanakimie said...

@TelingaBulat betul tu TB.yg nana tgk prouk LV ni pun mmg natural,kandungan semulajadi...tapi xsemuala rasanya..yang penting kena hati2,sebab memang ada pakar yang kata "bagaimanapun perlu diingatkan bahawa banyak produk kecantikan yang mengaku semula jadi tetapi masih menggunakan pengawet Paraben" huhu...

nanakimie said...

@Lieya Von Jay tula kak....macam bloger safiyah tu dia suggestkan guna brand pigeon untuk babies2...sebab paraben free

nanakimie said...

@nur hannis mohamad most welcome kak! aah,sekarang nak beli mesti cek kandungan dulu:)

nanakimie said...

@Farah Waheda Wahid aah,tapi atas pilihan masing2 kan....haa,untuk baby akak nanti gunala toiletries brand pigeon:)

Haryati Faizal said...

betul tu nana... terbaca gak pasal ni kat blog mimie aritu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

plihan pd kt kan..huhuh

Aefa Aerisya said...

thanks nana.. aefa terus check. vaseline ada bendalah ni -.-''

Mimi Azirah said...

bagus nana sharing psl paraben nih...memg kne alert..mcm produk johnson n johnson tuh mcm oil, syampu xde...tp losyen de...satu jenama tuh tak sume de paraben kne check la kan..

Azhafizah Md Nor said...

sekarang ni nak beli product kena check ape yg patut kan..

~emi~ said...

Baca entry ni baru tahu apa tu Paraben. Selama ni sy tahu Paraben tu tak elok. Tapi sekadar tahu itu jela. Tak tahu pun ape kebenda paraben ni, hehe. TQ for the info :)


Jom singgah blog sy :)

nanakimie said...

@Haryati Faizal hee..kalau nana xbaca entry kak mimie,memang xtau pun paraben tu apa smua..

nanakimie said...

@nuyui a.k.a miss YUI betul tu yui,atas kesedaran & pilihan masing2:)

nanakimie said...

@Aefa Aerisya oo,yeke dear?nana tau lotion nana tu ada terus stop pakai,huhu

nanakimie said...

@Mimi Azirah yg johnson nana xngk pulak syampu dia semua,yg nana ngk produk safi,ada yang ada,ada yang takda....tq utk akak share dlu pasal paraben ni:)

nanakimie said...

@Azhafizah Md Nor tula,lepas ni kena lebih hati2,jangan main beli je kan kak,hihi...

nanakimie said...

@~emi~ memula nana pun macam tu jugak,hee...most welcome dear:)

Affy Afiqah said...

apa jenis bahan kimia dalam product sebenarnya ada kesan sampingan dia, cuma beza dia is jangka masa pendek or jangka masa panjang, itu je. Tapi kalau boleh cuba laa elakkan penggunaan produk berasaskan bahan kimia ni, gunakan produk yang mesra alam, natural, itu lebih baik untuk kesihatan kita :)

AllAboutLife said...

tq utk explanation yang mudah dan mesra pengguna..hihihi..sgt setuju..now perlu lebih berhati2.

sila ke blog saya...do follow me too!!!

Rina Pretty Healthy said...

betul betul betul..dulu tak tau..skarang nak beli tengok dulu..yeehu...

Fatimah Bt Tony said...

perkongsian yg sgt bermanfaat..

Norliyana Ishak said...

Sy check ubat cacing anak sy, ingredientnya; METHYLPARABEN & PROPYLPARABEN... maknanya dlm ubat pon ada la ea?

Hartini Zulaikha said...

tq for sharing..

umi adam faris said...

Ada jer product yg berunsurkan 100% bahan semulajadi...takde paraben. Tapi orang Semarang bukan kisah. Dorang lebih suka yg paraben